Pertobatan - Catholic Sabah
Petikan Dari Catholic Sabah (March 2006)
Tajuk "Pertobatan: beralih kepada Yesus"
Hello adik - adik,
Sepanjang musim Prapaska ini, ada baiknya kita menumpukan perhatian untuk cuba mengubah sikap kita yang kurang memuaskan. Sepanjang Prapaska ini, kita mohon kepada Tuhan agar dapat mengubahkan sesuatu yang terbaik dlm diri kita.
Musim Pertobatan ini, kita beralih kepada Yesus. Dalam pembacaan - pembacaan injil yang kita dengar sebelum ini memberitahu kita bahawa pertobatan bukan sahaja menjauhkan diri dari dosa tetapi ia juga bermaksud beralih kepada Yesus Kristus kerana Yesus adalah cintakasih, belas kasihan, pengampunan, kehidupan, kegembiraan dan keamanan!
Injil menyuruh kita untuk bertobat dah percaya kepada Khabar Gembira Tuhan. Bertobat bermaksud menjauhkan diri dari dosa tetapi yang lebih penting adalah percaya kepada Khabar Gembira kerana dengan ini kita menumpukan perhatian kepada Yesus Kristus. Injil juga memberitahu kita bahawa pengikut - pengikut Yesus Kristus yang pertama - Petrus, Andreas, Yakobus and Yohanes - bukan sahaja menjauhkan diri dari dosa tetapi mereka juga telah menjauhkan diri dari dunia. Mereka meninggalkan perniagaan mereka, perahu menangkap ikan mereka, jala mereka dan bapa mereka untuk mengikuti Yesus. Alangkah baiknya kalau kita dapat mencontohi mereka kan? Tetapi bagi manusia modern masa kini adalah mustahil dapat menyerahkan segalanya seperti mereka. Bagaimanapun sekurang - kurangnya kita melakukan yang terbaik pada diri kita, pada keluarga dan rakan - rakan. Selebihnya kita serahkan pada Tuhan. Dia yang berkuasa. Yang penting sekali kita hendaklah yakin dan percaya akan Dia.
Adik - adik, hidup kita ada kalanya penuh kenangan dan ada masanya pula kesedihan melanda. Setiap kali kita mendengar siaran berita yang menyedihkan dan berita yang tdk sepatutnya berlaku seperti kemalangan jalan raya, pembunuhan ngeri, perompakan, tragedi banjir kilat dan sebagainya. Bayangkan ya adik - adik, bagaimana perasaan keluarga yang terlibat dalam kes ini. Tentu mereka mengalami tekanan mental yang merisaukan. Mengkin ada di antara kita adalah jiran mereka atau rakan mereka. Apakah yang sepatutnya kita buat untuk membantu mereka terutama sepanjang Prapaska ini?
Kita sebagai umat kristus seboleh - bolehnya mendampingi mereka selalu. Membawa mereka untuk bertenang dan memberi dorongan serta berdoa untuk mereka juga membagi - bagi mereka apa yang kita miliki. Musim Prapaska adalah memperbaharui kesetiaan kita kepada Kristus di mana ia membimbing kita ke arah perdamaian dan meninggalkan sikap mementingkan diri sendiri.
Oleh itu, Auntie sarankan bagi adik - adik yang belum kenal jiran sebelah ada baiknya pergunakan masa ini untuk memulakan perkenalan dan seterusnya mengeratkan persaudaraan, berkongsi iman dengan mereka. Tentu jiran adik itu merasa diperlukan
dari Auntie Sayang

<< Home